
MAKLUMAN BERKAITAN INSTRUMEN SGM SECARA ONLINE.
Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.
Instrumen SGM secara Online pada masa kini tidak boleh diakses kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Pihak Bahagian Pendidikan Guru, mohon maaf diatas kesukaran yang dialami.
Para pengguna digalakkan menggunakan instrumen SGM secara offline yang boleh dimuat turun daripada Link (Instrumen (SGM)). Instrumen secara ofline dibangunkan menggunakan aplikasi excel. Oleh yang demikian komputer yang digunakan seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya perisian Microsoft Excel untuk melaksanakan instrumen secara offline.
Pengguna diminta memasukkan : Nama & No KP diruangan Nama dan masukkan Kod Sekolah dan alamat di diruangan Alamat.
Instrumen yang telah dilengkapkan boleh diemail terus kepada penyelaras teknikal SGM di alamat email berikut : sgm.offline@gmail.com
Rujukan
http://www.moe.gov.my/sgm/
http://apps.emoe.gov.my/bpg/sgm/instrument.html
TAHNIAH BUAT SEMUA PELAJAR CEMERLANG UPSR. 7 ORANG MENDAPAT 5A UPSR...MEMBANGGAKAN. ALHAMDULILLAH....
BalasPadam