Kod Sekolah : WBB0061

No Pigeon Hole : 44 (kuning)

No Tel : +603-4023 4671

No Fax : +603-4025 3432

Email :
skjk1_kl@yahoo.com.my

Gred Sekolah : B

Sesi Persekolah : Pagi

Kategori : Bantuan Penuh



Visi & Misi



Visi :

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang



Misi:

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti



Matlamat:

• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.

• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.

• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

• Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.


Piagam Pelanggan :

memberi kemudahan perkembangan

potensi ke tahap optima dalam bidang

kukurikulum, kokukrikulum dan sahsiah

diri.


Jumaat, 21 Oktober 2011

PENDAFTARAN MURID TAHUN 6 KE TINGKATAN SATU DAN PERALIHAN TAHUN 2012

Program Pendaftaran bagi murid-murid Tahun 6 ke tingkatan 1 dan peralihan bagi sesi persekolahan 2012 akan dijalankan sebagaimana tarikh berikut:-

Tarikh : 31 Oktober 2011 - 04 November 2011
Tempat : SMK yang ditempatkan (rujuk surat penempatan)
Masa : 8.30 pagi (mengikut ketetapan SMK)

Dokumen yang perlu dibawa semasa pendaftaran tersebut adalah:-

i. Surat penempatan
ii. Salinan sijil lahir yang disahkan (1 salinan)
iii. Slip menduduki UPSR

PENTING.....
1. Murid perlu hadir bersama ibu dan bapa atau ibu atau bapa
semasa proses pemdaftaran tersebut.
2. Semua proses pertukaran dilakukan oleh pihak sekolah menengah yang ditempatkan.

Jumaat, 25 Februari 2011

UJIAN UKM1 PERMATApintar TAHUN 2011


Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Feb. 2011 hingga 30 April 2011. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja.

Untuk masa sekarang, UJIAN ini tidak boleh dijalankan di sekolah kerana kemudahan capaian internet dalam proses pemasangan oleh pihak Telekom Malaysia. Pihak sekolah memohon maaf di atas kesulitan ini..

Semua murid boleh melakukan ujian ini sama ada di rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet.

PERINGATAN : Sila JUJUR dan BERTANGGUNGJAWAB pada diri sendiri semasa mengisi maklumat dan menjawab soalan.

Jumaat, 18 Februari 2011

Lirik Lagu "Wilayah Persekutuan"

MAJU DAN SEJAKTERA

INILAH WILAYAH BUMI YANG BERTUAH
MAJU MEMBANGUN DIJULANG MEGAH
AMAN SENTOSA DISEPANJANG MASA
TEGUH DISEMAI SENTIASA

MEMBARA SEMANGAT SETIAP WARGANYA
CERGAS MINDANYA SEMANGAT WAJA
PADA WILAYAH DITUMPAH SETIA
HORMAT HORMATI PENUH MESRA

BERSATULAH
BERBAKTILAH
SEMUA WARGA WILAYAH

SAYANGI
LINDUNGI
SEPENUH JIWA RAGA

KITA JAGA KEHARMONIAN SEMUA
MAJU SEJAHTERA
WILAYAH PERSEKUTUAN

Komposer : Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah)
Lirik : Syed Indera Syed Omar (Siso Kompratasa)

Isnin, 1 November 2010

STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)


MAKLUMAN BERKAITAN INSTRUMEN SGM SECARA ONLINE.

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Instrumen SGM secara Online pada masa kini tidak boleh diakses kerana masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Pihak Bahagian Pendidikan Guru, mohon maaf diatas kesukaran yang dialami.

Para pengguna digalakkan menggunakan instrumen SGM secara offline yang boleh dimuat turun daripada Link (Instrumen (SGM)). Instrumen secara ofline dibangunkan menggunakan aplikasi excel. Oleh yang demikian komputer yang digunakan seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya perisian Microsoft Excel untuk melaksanakan instrumen secara offline.

Pengguna diminta memasukkan : Nama & No KP diruangan Nama dan masukkan Kod Sekolah dan alamat di diruangan Alamat.

Instrumen yang telah dilengkapkan boleh diemail terus kepada penyelaras teknikal SGM di alamat email berikut : sgm.offline@gmail.com

Rujukan
http://www.moe.gov.my/sgm/
http://apps.emoe.gov.my/bpg/sgm/instrument.html

Jumaat, 12 Mac 2010

Perubahan Tarikh Sukan Tahunan SKJK1 Kali Ke-50 Tahun 2010

Adalah dimaklumkan bahawa SK Jalan Kuantan (1) telah menundakan tarikh Temasya Sukan Tahunan kali ke-50 atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia. Temasya Sukan Tahunan akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 04 Jun 2010 ( Jumaat )

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Padang SK Jalan Kuantan.

Bagi mendapat maklumat lanjut, bolehlah muat turun surat edaran sekolah mengenai perubahan tarikh temasya sukan tersebut di pautan muat turun bahan.

Ahad, 7 Mac 2010

NILAI - NILAI ASPIRASI 1MALAYSIA


1. BUDAYA BERPRESTASI TINGGI :
Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa yang "acuh tak acuh" tidak boleh wujud dalam masyrakat yang berdaya maju.
2. BUDAYA KETEPATAN :
Sebagai rakyat negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.
3. BUDAYA ILMU:
Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hari.
4. INTEGRITI :
Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.
5. KETABAHAN :
Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.
6. KESETIAAN :
Kesetiaan sepenuhnya kepada Negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi Negara yang tercinta.
7. KEBIJAKSANAAN :
Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berkhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.
8.BUDAYA INOVASI :
Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mempu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

Sumber:www.btn.gov.my

Rabu, 20 Januari 2010

Guru SK Jalan Kuantan (1) Yang Pindah

Warga Sk Jalan Kuantan (1) mengucapkan ribuan terima kasih kepada 4 orang cikgu yang berpindah. Jasa dan pengorbanan cikgu di sekolah ini tidak akan dilupakan. Terima Kasih Cikgu.... Selamat bertugas di tempat baru bagi sesi 2010.

Cikgu yang bertukar :-

1. Pn. Norlita binti Yacob @ Yaakub (Perak - SK Taman Jana)
2. Pn. Nor Asma ( Selangor - SK Bandar Baru Rawang)
3. En. Yuszairi bin Mohd Yusof ( Johor - SK Pungai, Kota tinggi)
4. Cik Ranjita Kaur A/P Arjun Singh ( Zon Sentul - SK Seri Delima)

Warga SKJK1 juga mengucapkan selamat datang kepada guru baru dan guru yang berpindah masuk ke sekolah ini bagi sesi persekolahan 2010. Selamat menjadi keluarga SKJK1.

Guru baru dan guru berpindah masuk :-

1. Pn. Jayalaxmi
2. Cik Ainan binti Baharudin
3. Cik Norhafidza Azlin Binti Taha ( Johor )
4. Pn. Faruinda binti Paiman ( SK Wangsa Maju Seksyen 1 )
5. En. Abdul Halim bin Hasan ( SK Setapak Indah )

Menguji Kepantasan Menaip Anda