Kod Sekolah : WBB0061

No Pigeon Hole : 44 (kuning)

No Tel : +603-4023 4671

No Fax : +603-4025 3432

Email :
skjk1_kl@yahoo.com.my

Gred Sekolah : B

Sesi Persekolah : Pagi

Kategori : Bantuan Penuh



Visi & Misi



Visi :

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang



Misi:

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti



Matlamat:

• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.

• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.

• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

• Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.


Piagam Pelanggan :

memberi kemudahan perkembangan

potensi ke tahap optima dalam bidang

kukurikulum, kokukrikulum dan sahsiah

diri.


Isnin, 5 Oktober 2009

Majlis Kemuncak Ihya/ Ramadan & Khatam Al-Quran

Pada 17 september 2009 bersamaan 27 Ramadan 1430H, SK Jalan Kuantan 1 telah menganjurkan majlis kemuncak Ihya Ramadan & Khatam Al-Quran bertempat di dewan tertutup SKJK 1. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Md Muhaidi dan ucapan Guru Besar Pn Azizah Bt Mohd Zin yang juga penasihat program ini. Majlis kemudiannya disusuli dengan bacaan kitab suci Al-Quran oleh Qari dan Qariah yang terdiri dari murid-murid tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Seramai 30 peserta telah memperdengarkan bacaan masing-masing yang dipimpin oleh ustaz Md Muhaidi.



setelah tamat majlis khatam Al-Quran, majlis di teruskan dengan penyampaian hadiah-hadiah untuk pemenang aktiviti-aktiviti sepanjang bulan ramadan di SKJK1. Qari dan Qariah turut mendapat hadiah saguhati senaskah Al-Quran, duit raya sumbangan pihak sekolah dan duit raya sumbangan peribadi. Majlis diakhiri dengan upacara bersalaman antara semua guru-guru dan murid-murid SKJK1. Majlis bersurai pada pukul 1 tengah hari.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Menguji Kepantasan Menaip Anda