Kod Sekolah : WBB0061

No Pigeon Hole : 44 (kuning)

No Tel : +603-4023 4671

No Fax : +603-4025 3432

Email :
skjk1_kl@yahoo.com.my

Gred Sekolah : B

Sesi Persekolah : Pagi

Kategori : Bantuan Penuh



Visi & Misi



Visi :

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang



Misi:

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti



Matlamat:

• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.

• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.

• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

• Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.


Piagam Pelanggan :

memberi kemudahan perkembangan

potensi ke tahap optima dalam bidang

kukurikulum, kokukrikulum dan sahsiah

diri.


Jumaat, 12 Mac 2010

Perubahan Tarikh Sukan Tahunan SKJK1 Kali Ke-50 Tahun 2010

Adalah dimaklumkan bahawa SK Jalan Kuantan (1) telah menundakan tarikh Temasya Sukan Tahunan kali ke-50 atas arahan Kementerian Pelajaran Malaysia. Temasya Sukan Tahunan akan diadakan sebagaimana berikut :-

Tarikh : 04 Jun 2010 ( Jumaat )

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Padang SK Jalan Kuantan.

Bagi mendapat maklumat lanjut, bolehlah muat turun surat edaran sekolah mengenai perubahan tarikh temasya sukan tersebut di pautan muat turun bahan.

Ahad, 7 Mac 2010

NILAI - NILAI ASPIRASI 1MALAYSIA


1. BUDAYA BERPRESTASI TINGGI :
Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa yang "acuh tak acuh" tidak boleh wujud dalam masyrakat yang berdaya maju.
2. BUDAYA KETEPATAN :
Sebagai rakyat negara yang berhasrat mencapai status negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya ketepatan, termasuklah menepati waktu dan mengutamakan kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.
3. BUDAYA ILMU:
Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hari.
4. INTEGRITI :
Rakyat Malaysia perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa dan negara sentiasa disegani dan dihormati oleh semua pihak. Integriti merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab.
5. KETABAHAN :
Ketabahan dalam mengharungi masalah dan cabaran yang mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki keyakinan diri yang tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang diceburi.
6. KESETIAAN :
Kesetiaan sepenuhnya kepada Negara Malaysia dan kesediaan untuk berbakti dan berkorban demi Negara yang tercinta.
7. KEBIJAKSANAAN :
Ialah cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan penuh berkhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.
8.BUDAYA INOVASI :
Adalah kesediaan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang mempu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita mesti berani berubah untuk kebaikan, berani mencari penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai.

Sumber:www.btn.gov.my

Menguji Kepantasan Menaip Anda