Kod Sekolah : WBB0061

No Pigeon Hole : 44 (kuning)

No Tel : +603-4023 4671

No Fax : +603-4025 3432

Email :
skjk1_kl@yahoo.com.my

Gred Sekolah : B

Sesi Persekolah : Pagi

Kategori : Bantuan Penuh



Visi & Misi



Visi :

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang



Misi:

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti



Matlamat:

• Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.

• Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan sejahtera.

• Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

• Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.


Piagam Pelanggan :

memberi kemudahan perkembangan

potensi ke tahap optima dalam bidang

kukurikulum, kokukrikulum dan sahsiah

diri.


Isnin, 5 Oktober 2009

Sambutan Hari Kanak-Kanak Dan Hari Raya


Majlis sambutan hari raya dan hari kanak-kanak telah diadakan dengan cerianya pada 1 otktober 2009 dengan semua murid-murid mengenakan pakaian tradisonal masing-masing. Sambutan bertempat di dewan terbuka SKJK 1 dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis dan bacaan doa. sambutan majlis tersebut telah dirasmikan oleh guru besar sekolah kebangsaan jalan kuantan 1, Puan Azizah binti Mohd Zin. acara telah diserikan dengan persembahan nasyid dan tarian yang dibimbing oleh Tn. Syed Irwan Effendi dan En Yuszairi Yusof. Kemudian acara yang dinantikan tiba, majlis rumah terbuka dari semua kelas dimulakan. Pelbagai juadah makanan hari raya telah disediakan, antaranya rendang, nasi empit dan pelbagai kuih raya.



Antara Persembahan dari murid-murid



selesai majlis menjamu selera, majlis disambung senula dengan persembahan nyanyian-nyanyain dari murid-murid darjah 1 hingga 6 yang dibimbing oleh guru kelas masing-masing. Kemuncak majls tersebut ialah penyampaian tokoh-tokoh murid yang disampaikan oleh guru besar sekolah kebansaan jalan kuantan 1. Majlis bersurai pada jam 1 petang.

Majlis Kemuncak Ihya/ Ramadan & Khatam Al-Quran

Pada 17 september 2009 bersamaan 27 Ramadan 1430H, SK Jalan Kuantan 1 telah menganjurkan majlis kemuncak Ihya Ramadan & Khatam Al-Quran bertempat di dewan tertutup SKJK 1. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Md Muhaidi dan ucapan Guru Besar Pn Azizah Bt Mohd Zin yang juga penasihat program ini. Majlis kemudiannya disusuli dengan bacaan kitab suci Al-Quran oleh Qari dan Qariah yang terdiri dari murid-murid tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Seramai 30 peserta telah memperdengarkan bacaan masing-masing yang dipimpin oleh ustaz Md Muhaidi.



setelah tamat majlis khatam Al-Quran, majlis di teruskan dengan penyampaian hadiah-hadiah untuk pemenang aktiviti-aktiviti sepanjang bulan ramadan di SKJK1. Qari dan Qariah turut mendapat hadiah saguhati senaskah Al-Quran, duit raya sumbangan pihak sekolah dan duit raya sumbangan peribadi. Majlis diakhiri dengan upacara bersalaman antara semua guru-guru dan murid-murid SKJK1. Majlis bersurai pada pukul 1 tengah hari.





Menguji Kepantasan Menaip Anda